Hai semua!Ingin tahu tentang Kelab Kewangan Brass??Disinilah tempatnya.. Sebelum tu,jangan lupa untuk "follow" dan "like" blog ini..Terima kasih.

Aktiviti Luar

Mulai 25 April 2011 hingga 27 April 2011, minggu Teknik dan Vokasional telah mengadakan Pertandingan Bursa Saham. Rata-ratanya pelajar 5Akaun 1 yang mengambil bahagian. Walaupun pertandingan ini tidak dikelolakan oleh kelab kewangan tetapi pertandingan ini masih ada kaitan dengan aktiviti kelab kewangan. Malah, ahli kelab sendiri telah belajar dan diajar tentang saham. Melalui pertandingan ini, para peserta yang terlibat boleh memahami dengan lebih mendalam tentang konsep saham dan situasi-situasi untuk membeli dan menjual saham. Selain diterangkan oleh guru didalam kelas,para peserta boleh merasai sendiri pengalaman membeli dan menjual saham. Kesimpulannya,aktiviti ini sangat berfaedah dan boleh dilakukan oleh kelab kewangan sendiri.





pertandingan ini memberi peserta memahami apa itu saham dengan lebih dekat .
______________________________________________________________________________

Pada 10 Mac 2011 yang lalu , Kelab Kewangan SMK Bukit Rambai telah mengikuti Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2011 ( Kateogeri Sekolah Menengah ) . Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah harian diseluruh negara . Pada peringkat awal ( Ujian Bertulis ) di jalankan pada ketentuan :


Tarikh       :  10 Mac 2011
Masa        :  10 . 00 pagi hingga 11 . 00 pagi
Tempat     :  Dewan SMK Bukit Rambai .

Tiga orang pelajar telah dihantar untuk mewakili sekolah . Pelajar tersebut merupakan daripada tingkatan Lima Akaun Satu . Mereka ialah :

 1 ) Noor Haslina Binti Noor Azaam 
 2 ) Engku Noor Farihah Binti Engku Khairul Anuar 
 3 ) Nor Nabilah Binti Ab Ghafar

Mereka di bimbing oleh guru - guru :

 1 ) Encik Azahari Bin Md Yatim 
 2 ) Puan Faiza Binti Mustapa
 3 ) Puan Siti Alisa Binti Mahamad Alias 



KUIZ PELABURAN PNB ! :)