Hai semua!Ingin tahu tentang Kelab Kewangan Brass??Disinilah tempatnya.. Sebelum tu,jangan lupa untuk "follow" dan "like" blog ini..Terima kasih.

Aktiviti Kelab


Pelantikan AJK 

Pada 12 Januari 2011,kelab kewangan telah mengadakan perjumpaan buat kali pertama.
Pada perjumpaan ini beberapa orang Ahli Jawatankuasa dilantik untuk menguruskan kelab seperti pengerusi, naib pengerusi dan lain-lain.
Senarai Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut :


PENGERUSI:
- NAJIHAH BT HUSSAIN -

NAIB PENGERUSI:
- ENGKU NOOR FARIHAH BT
ENGKU KHAIRUL ANUAR -

SETIAUSAHA:
- ANIS BT AMRAN -

NAIB SETIAUSAHA:
- FATIN IZZATI BT ZAINOL -

BENDAHARI:
- ANURUN BT JIMAT -

NAIB BENDAHARI:
- FARIDAH BT AHMAD ZAINAL -

AHLI JAWATANKUASA:
1. NADIA BT JALILUDIN
2. ISKANDAR B. YUSOF
3. ZAFIRAH BT YAZIT
4. NURATIKAH BT HAMID
5. NOR NABILAH BT AB. GHAFAR
6. M. HASBULLAH B. ABD. RAZAK

Selain itu, guru-guru dan ahli-ahli kelab telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tahun.
Antaranya ialah :
1)Belajar tentang cara pengurusan kewangan dengan betul
2)Kumpul koleksi wang negara lain
3)Lawatan ke ekspo kewangan
4)Jualan untuk hari-hari khas
5)Lawatan sambil belajar.
Perjumpaan berakhir pada pukul 2.15petang. Sebelum bersurai guru penasihat mengagihkan tugas kepada AJK yang dilantik untuk menghias papan kenyataan kelab.





Kerjaya Pada Masa Hadapan

Pada 26 Januari 2011 yang lepas, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan untuk kali kedua.
Aktiviti utama kelab pada hari ini ialah tentang Kerja Pada Masa Hadapan.
Ahli-ahli yang hadir dibahagikan kepada 9kumpulan yang kecil.
Setiap kumpulan harus membuat perbentangan tentang kerjaya yang dipilih.

Pada akhir aktiviti ini,seorang wakil dari setiap kumpulan akan kehadapan untuk memberitahu ahli yang lain tentang kerjaya pilihan mereka dan sebab-sebab mereka memilih kerjaya tersebut.
Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan,sikap berani untuk kehadapan dan dapat mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih rapat lagi.

Ahli dibenarkan bersurai pada jam 2.15petang.

Antara aktiviti yang dilakukan ! 
seronok .. :)


 Pelbagai pekerjaan yang telah dibincangkan oleh ahli kelab kewangan.
Antaranya pekerjaan yang mereka minati:
~ Ahli Perniagaan, Akautan, Pegawai Bank, Forensik dan Lain-lain 





Kepentingan Pendidikan


Pada 16 Februari 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-3 di Makmal Kimia pada jam 1.15 petang. Seramai 34 orang ahli telah hadir dalam perjumpaan ini berserta dua orang guru. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut ialah perbincangan dalam kumpulan masing-masing tentang "Kerjaya Pada Masa Hadapan" yang mementingkan pendidikan. Di dalam aktiviti ini, setiap ahli kumpulan membawa sehelai keratan akhbar berkaitan dengan kerjaya atau pekerjaan. Contohnya seperti keratan tentang "Perancang Harta Islam". Antara objektif aktiviti ini ialah:

a) Contoh kerjaya atau pekerjaan.

b) Ganjaran yang ditawarkan bagi setiap kerjaya atau pekerjaan.

c) Tahap pendidikan yang bersesuaian dengan kerjaya atau pekerjaan.


Aktiviti ini telah berjaya memberi kesedaran kepada ahli-ahli kelab kewangan, bahawa tahap pendidikan sangat penting dalam mencari pekerjaan. Selain itu, aktiviti ini juga berjaya memberi keyakinan diri kepada ahli-ahli kelab. Seterusnya perjumpaan kelab tamat pada jam 2.30 petang.

Hasil daripada aktiviti tersebut ialah:

i) Contoh Kerjaya/Pekerjaan: Perancang Harta Islam

  Ganjaran yang ditawarkan: Pendapatan yang lumayan.

  Tahap Pendidikan: Diploma.

ii) Contoh Kerjaya/Pekerjaan: Jurutera Latihan.

   Ganjaran yang ditawarkan: Pendapatan lumayan.

   Tahap Pendidikan: Ijazah Kejuruteraan Elektrikal.

Aktiviti yang dilakukan:


Sumber: Cikgu Siti Alisa





Wang Saku


Pada 02 Mac 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-4 di Makmal Kimia pada jam 1.15 petang. Seramai 32 orang ahli telah hadir dalam perjumpaan ini berserta dua orang guru. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah, "Transaksi Penerimaan dan Pengeluaran Wang Saku". Antara objektif aktiviti ini ialah:

a) Ahli kelab diberi tunjuk ajar tentang cara-cara merekod transaksi penerimaan dan pengeluaran wang saku.

b) Ahli kelab diberi latihan tentang transaksi penerimaan dan pengeluaran wang saku.

Aktiviti ini telah berjaya memberi panduan kepada ahli kelab untuk merekod transaksi wang saku sendiri. Seterusnya perjumpaan kelab tamat pada jam 2.30 petang.

Aktiviti ini dapat memberikan tunjuk ajar kepada ahlinya supaya bijak dalam menguruskan perbelanjaan selaras dengan sumber hasil yang diperoleh .
Hal ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan kepada ahli-ahlinya .

Aktiviti yang dijalankan:


Sumber: Cikgu Siti Alisa.




Mata Wang Asing

Pada 23 Mac 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-5 di makmal kimia pada jam 1.15 petang. Seramai 31 ahli kelab yang hadir berserta dua orang guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada petang ini ialah, perbincangan dalam kumpulan mengenai "nilai mata wang asing". Objektif daripada aktiviti ini ialah:

a) Ahli kelab dapat mengetahui tentang nilai mata wang luar negara.

b) Ahli kelab ini juga dapat mengetahui tentang nilai tukaran mata wang asing di negara Malaysia dengan negara luar.

Hasil daripada aktiviti ini ialah:    

Tukaran Asing:                  

Amerika Syarikat - Dolar                                        
Korea - Won
Filipina - Peso
China - Renminbi
Itali - Lira
Jepun - Yen
Arab Saudi - Riyal
Hong Kong - Dolar
Thailand - Bath

Perbezaan Nilai Mata Wang:

1 USD = RM 3.0600
100 DOLAR HONGKONG = RM 40.0500
1 EURO = 4.4030
100 BATH THAI = RM 10.9200
100 INDONESIA RUPIAH = RM 0.0360
100 POUND UK = RM4.9910
100 RIYAL SAUDI = RM 82.7800
100 YEN JEPUN = RM 3.6260
100 PESO FILIPINA = RM 7.2600100 DOLAR SINGAPURA = RM 2.4380

Sumber: Buku Teks Ekonomi Asas Tingkatan Lima dan Internet.

Mata Wang Asing:




Sumber: Nuratikah Hamid




Insurans

Pada 13 April 2011, Kelab Kewangan telah mengadakan perjumpaan kali ke-6 di Makmal Kimia pada jam 1.15 petang. Pada perjumpaan ini, seramai 24 ahli telah hadir berserta seorang guru. Antara aktiviti yang dijalankan pada petang ini ialah berkaitan dengan "Prosedur Membeli Insurans Hayat" dan "Prosedur Membuat Tuntutan Pampasan". Antara objektif aktiviti ini ialah:

a) Mengetahui jenis-jenis Insurans.

b) Kepentingan Insurans kepada ahli.

c) Penerangan tentang Prosedur Membeli Insurans Hayat.

d) Penerangan tentang Prosedur Membuat Tuntutan Insurans Hayat.

Daripada aktiviti tersebut, ahli kelab dapat menambah ilmu tentang jenis-jenis insurans seperti insurans hayat dan insurans am,tentang kepentingan insurans dan prosedur untuk membeli insurans hayat serta prosedur tentang cara membuat tuntutan insurans hayat.

Hasil daripada aktiviti tersebut ialah:

Jenis-jenis Insurans:

i) Insurans Hayat

 - Dapat membantu anda dari segi kewangan ketika dalam kesusahan.

 - Waris layak dapat sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia.

 - Boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.

ii) Insurans Am

 - Melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung.

 - Polisi yang dilindungi insurans am ialah, kerugian harta benda, kematian dan lain-lain.

Kepentingan Insurans:

 - Melindungi pendapatan keluarga.

 - Suatu pelan untuk pendidikan anak-anak.

 - Perlindungan perniagaan keluarga.